menu

Friday 24 August 2012

SEJARAH SJK(C) MAK MANDIN



          SJK(C) Mak Mandin ditubuhkan pada tahun 1984. Ia merupakan sebuah sekolah rendah Cina bantuan penuh kerajaan yang pertama di Negeri Pulau Pinang. Ia juga adalah sekolah rendah Cina yang kesembilan puluh di Negeri Pulau Pinang. Sekolah ini terletak di dalam kawasan perindustrian Mak Mandin. Alamat sekolah ialah Tingkat Mak Mandin Dua, 13400 Butterworth.

          Sekolah ini mula didirikan pada tahun 1981 dan disiapkan pada 21hb Februari 1983. Luas kawasan sekolah ini ialah 1.53 ekar dan kos pembinaan ialah sebanyak tiga puluh dua ratus ribu ringgit. Pada mulanya, sekolah ini hanya terdapat sebuah bangunan yang bertingkat tiga. Bangunan ini mengandungi tujuh buah bilik darjah, sebuah bilik pejabat, sebuah bilik guru, sebuah perpustakaan dan tiga buah bilik stor. Sebuah kantin satu tingkat dibina di tepi bangunan tersebut.

          Sekolah ini didirikan atas usaha dan jasa Y.B. Datuk Dr. Ling Liong Sik, selaku Ahli Parlimen Kawasan Bagan dan Y.B. Dr. Sak Cheng Lam, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Mereka telah banyak berusaha meminta bantuan daripada kerajaan untuk mendirikan sekolah ini dan juga sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan sekolah ini.

          SJK(C) Mak Mandin pada mulanya ialah sebuah sekolah gred C dan ia mula beroperasi pada 3hb Januari 1984. Murid-murid sekolah ini datang dari sekolah rendah Cina lain yang terletak di kawasan Butterworth. Bilangan murid pada tahun itu adalah 157 orang. Pada masa itu, kakitangan sekolah terdiri daripada seorang Guru Besar, sembilan orang guru, seorang kerani dan dua orang pekerja am. Setelah sekolah ini digunakan, ia telah mengurangkan masalah kesesakan murid di sekolah rendah Cina yang lain di kawasan Butterworth. Ia juga memberi peluang kepada murid-murid yang tinggal di kawasan Mak Mandin untuk mendapat pelajaran mereka berhampiran dengan rumah kediaman mereka.

          Guru Besar yang pertama ialah En. Cheng Boon Siong. Oleh kerana sekolah ini tidak ada Lembaga Pengerusi, maka Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah melantik En. Pee Joo Teik (PJK) sebagai Pengawas Kewangan Sekolah untuk menguruskan kewangan sekolah. Selain daripada En. Pee Joo Teck (PJK), Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang pernah melantik En. Ang Shu Meng, En. Leong Seong Teik, En. Lai Thye Fatt dan En. Lim Kim Leng sebagai Pengawas Kewangan sekolah ini.


          Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru SJK(C) Mak Mandin telah ditubuhkan pada 25hb Mac 1984. Pengerusi yang pertama ialah En.Gao Hua Lian. Dengan adanya Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, pengurusan sekolah dilaksanakan dengan lebih lancar.

          Sejak sekolah ini ditubuhkan, bantuan kewangan daripada kerajaan tidak mencukupi. Banyak kemudahan masih kekurangan. Maka pada bulan April 1984, Pengawas Kewangan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru sekolah telah membuat keputusan untuk mengadakan satu aktiviti kutipan derma daripada masyarakat untuk tabung  PIBG. Duit yang dikutip itu digunakan untuk membayari aktiviti murid-murid di sekolah ini. Masyarakat Cina Butterworth sangat menyokong dengan aktiviti ini. Dengan usaha dan kerjasama Pengawas Kewangan, En. Pee Joo Teck dan ahli Persatuan Ibu Bapa dan guru-guru, jumlah derma yang dikutip adalah sebanyak tujuh belas ribu tujuh puluh tujuh ringgit.

          Pada tahun 1986, Menteri Pengangkutan iaituYB. Datuk Dr. Ling Liong Sik telah melawat ke sekolah ini. Dalam ucapan beliau, diumumkan bahawa kerajaan berjanji akan memperuntukkan tiga ratus ribu ringgit untuk membina sebuah bangunan baru yang serbaguna. Datuk Lim Liong Sik dan Y.B. Dr. Sak Cheng Lam, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang juga akan menderma RM5000 kepada sekolah untuk membeli buku yang diletakkan di perpustakaan. Dermaan ini juga akan digunakan untuk membeli pakaian seragam sekolah untuk murid-murid miskin yang belajar di sekolah ini.

         Dengan usaha tiga orang Guru Besar, iaitu En. Cheng Boon Siong , Pn. Ong Boon Hong, En. Lau Ho Guan dan kakitangan sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, bilangan murid sekolah ini kian bertambah. Kementerian Pelajaran telah mengistiharkan sekolah ini sebagai sekolah gred B pada 1hb Januari 1989. Bangunan sekolah tidak dapat lagi menampung murid yang begitu ramai. Maka mulai tahun 1990, Guru Besar, En Lau Ho Guan dengan bantuan Y.B. Dr. Sak Cheng Lam telah meminta bantuan daripada kerajaan untuk mendirikan sebuah bangunan tambahan di sekolah ini. Pada 20hb September 1993, bangunan tambahan bertingkat dua mulai didirikan. Ia telah memakan belanja sebanyak empat puluh dua ratus ribu dan ianya disiapkan pada bulan Mei 1994. Bangunan ini mempunyai enam buah bilih darjah, dua buah stor dan dua buah bilik air. Majlis perasmisan bangunan baru ini diadakan pada 23hb Oktober 1994. Menteri Pengangkutan Y.B. Dr. Ling Liong Sik telah dijemput untuk merasmikan majlis ini.

          Pada awal tahun 1994, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengisytiharkan sekolah ini sebagai sekolah gred A sebab murid sekolah ini telah melebihi lima ratus orang tiga tahun berturut-turut.

          Pada tahun 2004, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah mangarah sekolah ini untuk mengadakan prasekolah. Maka pada hujung tahun tersebut, bilik Kemahiran Hidup diubahsuaikan menjadi bilik darjah untuk murid prasekolah. Sebuah bilik dapur dibina bersambung dengan bilik darjah tersebuat dan sebuah taman permainan kanak-kanak mini diadakan di depan bilik . Bilik darjah di sebelah bilik darjah prosekolah digunakan sebagai Bilik Kemahiran Hidup.
         
          Pada tahun 2005, kelas prasekolah yang pertama SJK(C) Mak Mandin mula diadakan. Bilangan murid ialah seramai dua puluh lima orang. Mereka semua adalah dari keluarga yang berpendapatan rendah. Seorang pembantu pengurus dilantik oleh kerajaan untuk membantu guru prasekolah.

          Pada tahun ini, iaitu tahun 2007, bilangan murid sekolah bertambah lagi. Bilik Kemahiran Hidup juga digunakan untuk menjadi bilik darjah. Pihak sekolah sedang memohon kepada Kementerian Pelajaran untuk mengubahsuaikan kantin yang tingkat satu itu menjadi sebuah bangunan yang bertingkat tiga untuk memenuhi keperluan murid yang semakin bertambah.

No comments:

Post a Comment

Welcome to add your comment. Thank you!
为了孩子, 为了明天!为了让学生能够在互联网的星空下,拥有纯净、美好的成长环境, 敬请各位留言时,不提供可能对学生身心健康造成损害和不良影响的信息内容。感恩。